Wednesday, December 3, 2014

PERASMIAN SRI RAUDHATUL JANNAH KG AIR PUTIH JUNJONG KULIM ( 06 DISEMBER 2014 / SABTU ) JAM 02.00 PETANG

SEK RENDAH ISLAM RAUDHATUL JANNAH
LOT NO : 173A, KAMPUNG AIR PUTIH, JUNJONG KULIM KEDAH.

Sekolah SRI Raudhatul Jannah merupakan Sekolah Agama Rakyat yang bermulanya Majlis Perasmian Tapak iaitu Pecah Tanah pada 19 Julai 2009 dan Kerja2 mendirikan Bangunan bermula pada 17 April 2010. Hanya Dengan hasil sumbangan orang ramai,  Alhamdulillah sekolah ini telah Berjaya didirikan dengan jayanya dalam tempoh 5 tahun dengan kos RM 1.8 Juta seperti yang di Jelaskan Oleh Ustaz Mohd Bakhry Yahya ( Pengerusi / Mudir  SRIRJ )

Oleh itu Pihak Pentadbiran sekolah akan mengadakan Majlis Perasmian Bangunan tersebut pada 06 Disember 2014 ( Sabtu ) yang akan di Rasmikan Oleh Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang ( Presiden PAS ) pada jam 02.00 petang pada hari tersebut. Oleh yang demikian Pihak J/Kuasa Pentadbiran Sekolah menjemput semua muslimin & muslimat untuk hadir meraikan Majlis Kenduri Kesyukuran dan Perasmian bangunan pada hari tersebut .

Pihak Sekolah masih mengalu-alukan pelbagai sumbangan sebarang bentuk iaitu Dana Guru dan Pentadbiran bagi tujuan memulakan sesi Persekolahan pada Tahun 2015.

Pihak sekolah juga akan melancarkan dana Pembangunan Asrama Sekolah dan lain2 kos yang akan dilancarkan pada hari perasmian tersebut iaitu Pelancaran Dana Pembangunan Surau, Dana Van Sekolah dan Kereta Pengurusan dan Dana Maslahat Umum.

Atas Tujuan, Derma / Wakaf  / Zakat dan sebagainya boleh dimasukkan di dalam akaun bank dan juga Tuan2 boleh menghubungi ATAU Untuk maklumat lanjut tuan2 juga Boleh Rujuk....


FB : ( SEK. REN. ISLAM RAUDHATUL JANNAH, JUNJONG )

Pengerusi / Mudir  SRIRJ
UST MOHD BAKHRY YAHYA 
019-4659906
SETIAUSAHA SEKOLAH :
SDR NORDIN NGAH

018-9462365
BENDAHARI SEKOLAH :
SDR PAHIMI BIN ABDULLAH

012-4367026

MAKLUMAT AKAUN ATAS NAMA
SEKOLAH RENDAH ISLAM RAUDHATUL JANNAH
( BANK ISLAM – 02 057 01 003259 2 )
( BANK MUAMALAT – 0203 0002 2857 16 )

SUMBANGAN DANA GURU
SEKOLAH RENDAH ISLAM RAUDHATUL JANNAH
( BANK ISLAM – 02 057 01 003831 3 )







Akhir kata Pihak Pentadbiran Sekolah mengucapkan ribuan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat serta kepada semua yang telah menyumbang dalam semua bentuk sama ada wang ringgit, tenaga, buah fikiran, Hanya ALLAH SWT Sahaja yang mampu membalasnya, moga2 diperolehi keberkatan dalam kehidupan, rezeki yang melimpah ruah serta mendapat kesudahan yang baik diakhir2 kehidupan, semoga dilindungi ALLAH SWT dari kancah kebinasaan menempuhi kerugian dialam akhirat. Insyaallah...

Surah Al-Zalzala, Maksud Ayat 7:
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

No comments:

Post a Comment