Friday, November 11, 2011

PELANCARAN PROGRAM QURBAN, AQIQAH & QURBAN HARTA UNTUK TAHUN 1433H

Assalamulaikum.
Setelah berjayanya program jamuan hari raya qurban 1432h yang lalu, pihak sekolah telah merancang untuk menganjurkan PROGRAM QURBAN, AQIQAH& QURBAN HARTA untuk tahun 1433h. Program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara kita sesama islam dalam melakukan pengorbanan. Disamping itu juga pihak penganjur dapat mengumpul dana bagi pembinaan bangunan sekolah.

 Pelancaran program ini telahpun bermula. Pihak penganjur dalam perancangan untuk menyediakan sebanyak 30 ekor lembu ( 210 bahagian) sahaja. Pihak sekolah telah bersetuju untuk menetapkan harga bagi seekor lembu (7 bahagian) adalah sebanyak RM 3150.00. Manakala harga untuk satu bahagian adalah sebanyak RM450.00 sahaja.

Dalam usaha untuk pengumpulan dana sekolah, pihak sekolah telah memutuskan bagi setiap peserta program perlu melakukan qurban harta untuk setiap bahagian qurban/ aqiqah sebanyak RM50.00. Qurban harta ini sudah termasuk dalam harga untuk satu bahagian (RM450.00).

Pihak sekolah juga menyediakan urusan pengagihan daging qurban sekiranya pihak peserta berhajat untuk mengagihkan daging tersebut kepada fakir miskin disekitar mukim junjong. Untuk keterangan lanjut mengenai program ini sila hubungi Mudir sekolah ditalian 019-4659906 & 019-4000315 (Ust Mohd Bakhry bin Yahya) atau emelkan nama, alamat dan no telefon anda ke raujan1430@gmail.com

Semoga tujuan tersebut dapat mengajak muslimin & muslimat dalam melaksanakan ibadat tahunan yang disarankan oleh Allah S.W.T. sebagai tanda kasih dan sayang kita kepada pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Sekian, Wassalam.

Thursday, November 10, 2011

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA QURBAN 1432H

      UCAPAN PENGERUSI SEKOLAH RENDAH ISLAM RAUDHATUL JANNAH.

ASSALAMUALAIKUM WBT.
ALHAMDULILLAH BERSYUKUR KITA KEPADA ALLAH SWT DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI SERTA HIDUP AMAN DAN SEJAHTERA DIBUMI YANG BERTUAH INI. SEMPENA HARI RAYA HAJI TAHUN INI SEK. REN. ISLAM RAUDHATUL JANNAH JUNJONG KULIM TELAH MENGADAKAN IBADAT QURBAN 4 EKOR LEMBU. BAGI PIHAK SEKOLAH SAYA MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN MAJLIS QURBAN INI. SEMOGA SEMANGAT QURBAN ITU DAPAT MENINGKATKAN SEMANGAT JUANG BAGI MENEGAKKAN SYARIAT ALLAH DIBUMI MALAYSIA INI.



UCAPAN MUDIR SEKOLAH RENDAH ISLAM RAUDHATUL JANNAH.

ASSALAMUALAIKUM WBT.
SALAM IDUL ADHA 1432H UNTUK SELURUH UMAT ISLAM. SEMOGA PENGORBANAN TAHUN INI MEMBERI SEMANGAT YANG JITU DALAM USAHA MENINGGIKAN SYARIAT ALLAH DIATAS MUKA BUMI INI. MARILAH SAMA-SAMA KITA MENGIMBAS KEMBALI SEJARAH PENGORBANAN YANG DILAKUKAN OLEH NABI IBRAHIM DAN NABI ISMAIL YANG MELETAKKAN AGAMA LEBIH PENTING DARIPADA SEGALA-GALANYA. MENINGGALKAN ANAK DAN ISTERI SERTA KESENANGAN DUNIA. MUDAH-MUDAHAN PENGORBANAN KITA AKAN BERTERUSAN SAMPAI BILA-BILA. INSYAALLAH. JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PENDERMA-PENDERMA BAGI MENJAYAKAN PROGRAM KALI INI.



GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAJLIS JAMUAN HARI RAYA QURBAN PADA 10 ZULHIJJAH 1432H.