Wednesday, February 18, 2009

Draf Pelan Kompleks Sekolah


Pelan cadangan kompleks bangunan Sekolah Rendah Islam Raudhatul Jannah telah di sediakan dalam bentuk draf. Draf ini akan dibincnagkan dalam mesyuarat AJK akan datang sekiranya perlu di lakukan pindaan atau tidak. Pendapat dari AJK akan di ambil kiran unutk menyediakan pelan bangunan bagi tujuan pembinaan.

Tuesday, February 10, 2009

Tapak kompleks sekolah bersih sepenuhnya.


Tapak kompleks sekolah agama rakyat yang bakal dibina telah pun dibersihkan sepenuhnya. Semua sisa dan sampah semasa kerja-kerja membersih kawasan dijalankan, telah di bakar.

Satu papan tanda sekolah akan dipasang berhampiran jalan raya, yang akan memaparkan maklumat berkenaan dengan projek pembinaan sekolah ini.

Sekolah Rendah Islam Raudhatul Jannah adalah sekolah agama rakyat sepenuhnya, tidak bernaungan atau mendapat bantuan dari pihak kerajaan.

Sama-samalah kita berdoa agar projek pembinaan kompleks sekolah ini akan dapat dijalan kan secepat mungkin. Oleh itu dana untuk pembinaan infrastruktur harus dikumpul secukupnya supaya kerja pembinaan akan dapat dimulakan secepat mungkin.

Sekiranya ada dikalangan pelawat laman blog ini ingin memberi sumbangan atau derma kepada projek pembangunan kompleks sekolah ini boleh hubungi mudir sekolah, iaitu Ustaz Bakhry bin Yahya, telefon bimbit 019-4659906.

Sumbanga juga boleh disalurkan terus ke akaun Bank Muamalat seperti berikut:

Nama: Sekolah Rendah Islam Raudhatul Jannah
Nbr Akaun: 0203 0002 2857 16