Sunday, December 7, 2014

MAJLIS BERSEJARAH PERASMIAN BANGUNAN SRI RAUDHATUL JANNAH PADA TANGGAL 06 DISEMBER 2014 / BERSAMAAN 13 SAFAR 1436 HIJRAH ( SABTU )

UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
OLEH : USTAZ MOHD KHAIRI SALLEH
             ( NYDP PAS KAWASAN KULIM BANDAR BARU )

UCAPAN ALUAN & PENGKISAHAN BERDIRINYA SEK RENDAH ISLAM RAUDHATUL JANNAH KAMPUNG AIR PUTIH, JUNJONG KULIM KEDAH.
OLEH : USTAZ MOHD BAKHRY YAHYA
             ( MUDIR SRI RAUDHATUL JANNAH )

Berdirinya SRI RAUDHATUL JANNAH ini bermula dengan hasrat yang tinggi dari seorang insan yang berjiwa besar yang pada mulanya menetap Kampung Baru Air Itam Pulau Pinang selama puluhan tahun, lalu beliau berhijrah ke Mukim Junjong Kulim ini. Semasa menetap di Pulau Pinang beliau bertugas sebagai Seorang Pengetua Sekolah Agama Anak-Anak Yatim Kampung Baru,  Air Itam Pulau Pinang.

Atas Hasil kesungguhan beliau lah yang amat bercita-cita tinggi supaya tertegaknya sebuah Institusi Agama di Mukim Junjong Kulim ini maka bermula lah usaha beliau bagi mendapatkan sebidang tanah untuk didirikan sekolah Agama Rakyat. Beliau yang Kita Maksudkan adalah Al-Marhum Tuan Hj Abdul Rani Mahmood yang telah kembali ke Ramatullah pada 05 June 2009. Oleh itu Marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah kepada Al-Marhum ( Al-Fatihah.........)

Hasil kedengaran dari cerita-cerita orang ramai ada Pihak telah pergi ke Pulau Pinang untuk menawarkan dengan harga yang tinggi bagi membeli Tanah ini dengan harga lebih kurang RM 100 Ribu lebih ditawarkan, lalu Tuan Tanah tiada hasrat ingin menjualnya. Maka beliau menyebutkan kepada Pihak berkenaan Jika Tuan2 mampu untuk mendirikan sekolah Agama beliau akan memberikan secara percuma. Hasil dari itulah Al-Marhum Tuan Hj Abd Rani menghubungi Tuan Tanah dengan menyatakan hasrat ingin ke Pulau Pinang untuk berbincang soal Tanah ini atas tujuan ingin mendirikan sekolah Agama, Lalu Tuan ini menyatakan kepada AL-MARHUM, bahawa beliau sendiri akan ke Mukim Junjong bagi mewakafkan Tanah ini.

Maka pada tarikh bersejarah itu Tanah ini telah diwakaf pada 02 March 2009 iaitu Tanah ini dengan keluasan ( 10758 kaki persegi ) yang beralamat LOT NO : 173A, KAMPUNG AIR PUTIH, PLOT ( 16 ), LOT NO 91 MUKIM JUNJONG KULIM KEDAH. Yang telah diwakaf oleh SDR ALI BIN ARSHAD  yang berasal dari Jalan Paya Terubong, Air Itam, Pulau Pinang. Maka pada mula tarikh yang bersejarah itu Ustaz Mohd Bakhry Yahya di amanahkan memikul amanah yang besar sebagai Mudir  SRI Raudhatul Jannah ini, yang pada ketika itu masih menetap dan mengajar di Madrasah Nurul Islah Pondok Tuan Guru Bakar Taib Al-Warak , Parit Panjang Lanai Baling Kedah.

Sekolah SRI Raudhatul Jannah merupakan Sekolah Agama Rakyat yang bermulanya Program membersihkan Tapak pada 15 Januari 2009 hingga 10 Februari 2009 di bersihkan secara keseluruhannya lalu Program Majlis Pecah Tanah berlangsung  pada 19 Julai 2009. Kerja2 mendirikan Struktur Asas Tapak Bangunan iaitu ( Menanam Cerucuk Konkerit ) bermula pada 17 April 2010. Lalu kerja pembinaan bangunan bermula 19 Oktober 2010 . Hanya Dengan hasil sumbangan orang ramai,  bermula dari Tahun 2009 yang di Ketuai Oleh Mudir ( Ustaz Mohd Bakhry Yahya ) bersama Seluruh J/Kuasa Pembangunan mula bergerak memohon sumbangan ke seluruh tempat di utara ini sehingga seluruh negara, maka ucapan syukur ke hadrat ALLAH SWT sumbangan mula sampai mencurah-curah pada Tahun 2013, Alhamdulillah sekolah ini telah Berjaya berdiri dengan jayanya dalam tempoh 5 tahun dengan kos RM 1.8 Juta, lalu tertegaknya bangunan ( 3 ) Tingkat yang kita duduki pada hari ini.

Pada hari yang bersejarah ini ( 06 Disember 2014 bersamaan 13 Safar 1436 Hijrah ) Pihak Jawatankuasa Pentadbiran sekolah berasa amat sukacita dan mengucapkan ribuan berbanyak terima kasih yang tidak terhingga kepada YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang ( Presiden PAS / Naib Ketua Kesatuan Ulama Dunia ) kerana sudi hadir merasmikan Bangunan ini, Al-Hamdulillah.

Pihak Sekolah masih mengalu-alukan pelbagai sumbangan sebarang bentuk iaitu Dana Guru dan Pentadbiran bagi tujuan memulakan sesi Persekolahan pada Tahun 2015.

Akhir kata Pihak Pentadbiran Sekolah mengucapkan ribuan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat serta kepada semua yang telah menyumbang dalam semua bentuk sama ada wang ringgit, tenaga, buah fikiran, Hanya ALLAH SWT Sahaja yang mampu membalasnya, moga2 diperolehi keberkatan dalam kehidupan rezeki yang melimpah ruah dan mendapat kesudahan yang baik diakhir2 kehidupan, semoga dilindungi ALLAH SWT dari kancah kebinasaan menempuhi kerugian di alam akhirat Insyaallah...

UCAPAN PERASMIAN OLEH:
YB DATO SERI TUAN GURU HJ ABDUL HADI AWANG.
( PRESIDEN PARTI ISLAM SEMALAYSIA )
( NAIB KETUA PERSATUAN ULAMA ISLAM SEDUNIA )

Turut bersama-sama meraikan Majlis Perasmian..
1.   DATO’ HAJI ELIAS BIN ZAKARIA ( MANTAN YDP MAJLIS AGAMA ISLAM PULAU PINANG.
2.   DR AMIR SUFIAN YUSUF ( TIM. YDP PAS KAWASAN KULIM B.BARU )
3.   USTAZ HJ ZAKARIA ABDULLAH ( TUAN IMAM MASJID ANNUR JUNJONG)
4.   USTAZ HJ HAFIZAN YAHYA ( MUDIR MADRASAH NURUL TAQWA )
5. TUAN YANG MEWAKAFKAN TANAH BANGUNAN SEKOLAH.
6.   USTAZ SAIFUL RIZAL ( KETUA PEMUDA PAS KAWASAN KULIM B.BARU)
7.   WAKIL HESA NEGERI KEDAH DAN TUAN2 GURU DARI PONDOK FATONI.





















No comments:

Post a Comment