Tuesday, July 14, 2015

SALAM EIDUL FITRI 1436 HIJRAH / 2015. MAAF ZAHIR & BATIN.

Assalamualaikum WBH.

Pihak Jawatankuasa Tadbir & Pembangunan SRI RAUDHATUL JANNAH, mengucapkan..

Selamat Hari Raya Eidul Fitri, Maaf Zahir Batin.

Untuk makluman Tuan2 / Puan2 Semua, Pihak Sekolah masih memerlukan Sumbangan Dana untuk meneruskan pelbagai Projek Pembangunan Sekolah. Untuk tujuan itu Tuan2 Puan2 semua boleh menghubungi Tuan Mudir ( 019-4659906 )

Sekian Terima Kasih.


ADMIN

Thursday, July 2, 2015

Program2 Mudir Sri Raudhatul Jannah Sempena Ramadhan 1436H / 2015

Assalamualaikum WBH.
Yang mana berdekatan Dijemput Hadir





Admin

Tuesday, June 2, 2015

Ucapan Perasmian Bangunan SRI Raudhatul Jannah Oleh Dato' Seri Tg Hj Abd Hadi Awang Pada : 06.12.2014.

Masih Segar dalam ingatan walaupun telah hampir 6 bulan Tuan Guru Hadir merasmikan Bangunan Sri Raudhatul Jannah. Terima Kasih kepada semua yang terlibat. Mudah-mudahan amalan yang ikhlas diterima oleh ALLAH SWT menjadi amal jariah kita apabila bertemu ALLAH SWT nanti. Mohon ALLAH SWT lindungi kita semua termasuk golongan yang muflis di akhirat. Amin Ya Rabbal a'lamin...







Admin

PELANCARAN DANA SEMPENA RAMADHAN ALMUBARAK 1436 HIJRAH

Assalamualaikum WBH.

Pihak Sekolah masih memerlukan dana bagi tujuan Pentadbiran & Pembangunan Sekolah. Oleh itu Tuan2 / Puan boleh menghubungi Mudir ( 019-4659906 ) untuk tujuan sedekah / derma / Zakat dan sebagainya. Sekian Terima Kasih.




Admin.

KEMBARA DAKWAH MUDIR SRI RAUDHATUL JANNAH DI NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

Assalamualaikum WBTH

Muslimin & Muslimat yang berdekatan dijemput Hadir ke Program yang dinyatakan dibawah ini



Admin

Friday, February 27, 2015

Saturday, February 21, 2015

Video Ceramah Perdana Mudir SRI Raudhatul Jannah Pada 20.02.15 / Jumaat

Ceramah Perdana : Ustaz Bakhry Yahya
( Mudir SRI Raudhatul Jannah Junjong Kulim ) Pada: 20 Feb 2015 / Jumaat ), 
DI SURAU AL-MUTTAQEN, KAMPUNG KASTAM, BUTTERWORTH P.PINANG.
Pakat2 Muhasabah diri. Hati lah akan membentuk sama ada manusia itu menjadi baik atau buruk perangainya. Sila Klik Link dibawah ini.

Thursday, February 19, 2015

Program2 Mudir SRI Raudhatul Jannah ( 19 & 20 Februari 2015 )


Yang Mana berdekatan dijemput Hadir. Pakat2 sebarkan.
Admin....

Saturday, February 14, 2015

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436 HIJRAH SRI RAUDHATUL JANNAH JUNJONG KULIM ( 15 FEBRUARI 2015 / AHAD )

Assalamualaikum WBTH.
Seluruh Jawatan kuasa tabir SRI Raudhatul Jannah menjemput semua muslimin muslimat ke Program Sambutan Maulidur Rasul 1436 Hijrah yang akan diadakan pada
Tarikh            : 15 Februari 2015 / Ahad.
Masa Jamuan : 11.30 Pagi Hingga 05.00 Petang.
admin.








Friday, February 6, 2015

Wednesday, January 21, 2015

Program Mudir SRI Raudhatul Jannah 23 & 29 Jan 2015 ( Khutbah Jumaat & Kuliah Agama )

Yang Mana Berdekatan di Jemput Hadir...



SRI RAUDHATUL JANNAH MULA SESI 2015

Ustaz Mohd Bakhry Yahya ( Mudir SRI. Raudhatul Jannah )
Al-hamdulillah, pagi ni baru sempat update FB, kalut sangat2 menguruskan sekolah.. seronok sangat tengok bangunan sekolah dah ada pelajar & guru... bergemanya doa, zikir & lain2 lagi..... selama ni dok ajak masyarakat supaya bantu kami dalam hal pembangunan... hari ni kita dapat rasa besar pahalanya... kami sedang melancarkan rm100,000.00 untuk dana guru yang mana kami kena berbelanja rm30,000.00 sebulan... kepada mereka yang mempunyai sedikit harta seperti zakat & sedekah kami mengalu2kan. boleh PM ana 019-465 9906 @ terus ke akaun bank islam atas nama
DANA GURU SRI RAUDHATUL JANNAH 02 057 01 003831 3
Sumber FB Mudir SRI Raudhatul Jannah.

Admin






Saturday, December 20, 2014

JAWATAN KOSONG

Assalamualaikum WBH..
SRI Raudhatul Jannah sedang membuka tawaran pengambilan Guru Tahfiz Al-qur`an seorang lelaki dan seorang perempuan.. syarat dan kelayakkan seperti berikut:

1.  Bujang dalam likungan umur 20 hingga 30 tahun
2.  Menguasai Al-qur`an dengan baik pada bacaan dan lagu
3.  Boleh menetap bersama dengan pelajar di Asrama Sekolah.
4.  Disiplin dan bersemangat tinggi

Sekiranya ada yg berminat boleh menghubungi Mudir SRIRJ Ust Mohd Bakhry Yahya
Di Talian HP : ( 019-465 9906) untuk perbincangan selanjutnya. In sha Allah sekolah akan bermula pada 04 Januari 2015... Harap maklum.


Admin.

Friday, December 12, 2014

Ustaz Mohd Bakhry Yahya
( Mudir SRI Raudhatul Jannah )

Disinilah kata2 semangat yg dicatit oleh Tuan Guru... Semangat ana untuk terus bergerak memacu sedaya mungkin untuk SRIRJ.... Biar rebah tetap ana bangun mempertahankan mahkota ilmu yg kita bina... Ayoh wahai pembantu2 agama Allah, sokongan doa, harta, buah fikiran & tenaga semua, Amat2 dialu2kan...


Tok guru ada pesan kita perlu hidupkan Sekolah2 Agama seumpama ini.. Kita dah letih dengan cara lain... Perlu hidupkan pendidikan.. Al-hamdulillah SRIRJ dah bersiap sedia dengan tenaga guru yg terpilih bg mendidik Anak2 pelajar disini. Pelajar lelaki 21 org dan pelajar perempuan 20 org... Doa seluruh masyarakat kami amat2 diperlukan... Kpd guru2 yg dilantik semoga dpt menunaikan amanah yg pihak lembaga tadbir harapkan..



Admin.

Sunday, December 7, 2014

MAJLIS BERSEJARAH PERASMIAN BANGUNAN SRI RAUDHATUL JANNAH PADA TANGGAL 06 DISEMBER 2014 / BERSAMAAN 13 SAFAR 1436 HIJRAH ( SABTU )

UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
OLEH : USTAZ MOHD KHAIRI SALLEH
             ( NYDP PAS KAWASAN KULIM BANDAR BARU )

UCAPAN ALUAN & PENGKISAHAN BERDIRINYA SEK RENDAH ISLAM RAUDHATUL JANNAH KAMPUNG AIR PUTIH, JUNJONG KULIM KEDAH.
OLEH : USTAZ MOHD BAKHRY YAHYA
             ( MUDIR SRI RAUDHATUL JANNAH )

Berdirinya SRI RAUDHATUL JANNAH ini bermula dengan hasrat yang tinggi dari seorang insan yang berjiwa besar yang pada mulanya menetap Kampung Baru Air Itam Pulau Pinang selama puluhan tahun, lalu beliau berhijrah ke Mukim Junjong Kulim ini. Semasa menetap di Pulau Pinang beliau bertugas sebagai Seorang Pengetua Sekolah Agama Anak-Anak Yatim Kampung Baru,  Air Itam Pulau Pinang.

Atas Hasil kesungguhan beliau lah yang amat bercita-cita tinggi supaya tertegaknya sebuah Institusi Agama di Mukim Junjong Kulim ini maka bermula lah usaha beliau bagi mendapatkan sebidang tanah untuk didirikan sekolah Agama Rakyat. Beliau yang Kita Maksudkan adalah Al-Marhum Tuan Hj Abdul Rani Mahmood yang telah kembali ke Ramatullah pada 05 June 2009. Oleh itu Marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah kepada Al-Marhum ( Al-Fatihah.........)

Hasil kedengaran dari cerita-cerita orang ramai ada Pihak telah pergi ke Pulau Pinang untuk menawarkan dengan harga yang tinggi bagi membeli Tanah ini dengan harga lebih kurang RM 100 Ribu lebih ditawarkan, lalu Tuan Tanah tiada hasrat ingin menjualnya. Maka beliau menyebutkan kepada Pihak berkenaan Jika Tuan2 mampu untuk mendirikan sekolah Agama beliau akan memberikan secara percuma. Hasil dari itulah Al-Marhum Tuan Hj Abd Rani menghubungi Tuan Tanah dengan menyatakan hasrat ingin ke Pulau Pinang untuk berbincang soal Tanah ini atas tujuan ingin mendirikan sekolah Agama, Lalu Tuan ini menyatakan kepada AL-MARHUM, bahawa beliau sendiri akan ke Mukim Junjong bagi mewakafkan Tanah ini.

Maka pada tarikh bersejarah itu Tanah ini telah diwakaf pada 02 March 2009 iaitu Tanah ini dengan keluasan ( 10758 kaki persegi ) yang beralamat LOT NO : 173A, KAMPUNG AIR PUTIH, PLOT ( 16 ), LOT NO 91 MUKIM JUNJONG KULIM KEDAH. Yang telah diwakaf oleh SDR ALI BIN ARSHAD  yang berasal dari Jalan Paya Terubong, Air Itam, Pulau Pinang. Maka pada mula tarikh yang bersejarah itu Ustaz Mohd Bakhry Yahya di amanahkan memikul amanah yang besar sebagai Mudir  SRI Raudhatul Jannah ini, yang pada ketika itu masih menetap dan mengajar di Madrasah Nurul Islah Pondok Tuan Guru Bakar Taib Al-Warak , Parit Panjang Lanai Baling Kedah.

Sekolah SRI Raudhatul Jannah merupakan Sekolah Agama Rakyat yang bermulanya Program membersihkan Tapak pada 15 Januari 2009 hingga 10 Februari 2009 di bersihkan secara keseluruhannya lalu Program Majlis Pecah Tanah berlangsung  pada 19 Julai 2009. Kerja2 mendirikan Struktur Asas Tapak Bangunan iaitu ( Menanam Cerucuk Konkerit ) bermula pada 17 April 2010. Lalu kerja pembinaan bangunan bermula 19 Oktober 2010 . Hanya Dengan hasil sumbangan orang ramai,  bermula dari Tahun 2009 yang di Ketuai Oleh Mudir ( Ustaz Mohd Bakhry Yahya ) bersama Seluruh J/Kuasa Pembangunan mula bergerak memohon sumbangan ke seluruh tempat di utara ini sehingga seluruh negara, maka ucapan syukur ke hadrat ALLAH SWT sumbangan mula sampai mencurah-curah pada Tahun 2013, Alhamdulillah sekolah ini telah Berjaya berdiri dengan jayanya dalam tempoh 5 tahun dengan kos RM 1.8 Juta, lalu tertegaknya bangunan ( 3 ) Tingkat yang kita duduki pada hari ini.

Pada hari yang bersejarah ini ( 06 Disember 2014 bersamaan 13 Safar 1436 Hijrah ) Pihak Jawatankuasa Pentadbiran sekolah berasa amat sukacita dan mengucapkan ribuan berbanyak terima kasih yang tidak terhingga kepada YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang ( Presiden PAS / Naib Ketua Kesatuan Ulama Dunia ) kerana sudi hadir merasmikan Bangunan ini, Al-Hamdulillah.

Pihak Sekolah masih mengalu-alukan pelbagai sumbangan sebarang bentuk iaitu Dana Guru dan Pentadbiran bagi tujuan memulakan sesi Persekolahan pada Tahun 2015.

Akhir kata Pihak Pentadbiran Sekolah mengucapkan ribuan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat serta kepada semua yang telah menyumbang dalam semua bentuk sama ada wang ringgit, tenaga, buah fikiran, Hanya ALLAH SWT Sahaja yang mampu membalasnya, moga2 diperolehi keberkatan dalam kehidupan rezeki yang melimpah ruah dan mendapat kesudahan yang baik diakhir2 kehidupan, semoga dilindungi ALLAH SWT dari kancah kebinasaan menempuhi kerugian di alam akhirat Insyaallah...

UCAPAN PERASMIAN OLEH:
YB DATO SERI TUAN GURU HJ ABDUL HADI AWANG.
( PRESIDEN PARTI ISLAM SEMALAYSIA )
( NAIB KETUA PERSATUAN ULAMA ISLAM SEDUNIA )

Turut bersama-sama meraikan Majlis Perasmian..
1.   DATO’ HAJI ELIAS BIN ZAKARIA ( MANTAN YDP MAJLIS AGAMA ISLAM PULAU PINANG.
2.   DR AMIR SUFIAN YUSUF ( TIM. YDP PAS KAWASAN KULIM B.BARU )
3.   USTAZ HJ ZAKARIA ABDULLAH ( TUAN IMAM MASJID ANNUR JUNJONG)
4.   USTAZ HJ HAFIZAN YAHYA ( MUDIR MADRASAH NURUL TAQWA )
5. TUAN YANG MEWAKAFKAN TANAH BANGUNAN SEKOLAH.
6.   USTAZ SAIFUL RIZAL ( KETUA PEMUDA PAS KAWASAN KULIM B.BARU)
7.   WAKIL HESA NEGERI KEDAH DAN TUAN2 GURU DARI PONDOK FATONI.